Pengasas Luqman Herbs Center
Allahyarham Doc Luqman Selva
Setiap pesakit yang memberikan respon yang positif memang menjadikan saya lebih bersemangat dan yakin untuk meneruskan perjuangan saya untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan perkhidmatan saya. Saya suka sangat mendengar ayat “Terima kasih Doc, I dah ok…” ayat-ayat seperti inilah yang memberikan “charge” kepada saya untuk meneruskan bidang kerjaya yang sangat mencabar ini.
Allahyarham DrN Luqman Selva Bin Abdullah
Tentang Kami
Diamalkan sejak 1990-an, Allahyarham Vaidya (DrN) Luqman Selva (Phd.) – (Balik Pulau Selva Vaidyar – PAKAR AYURVEDIC & HOMEOPATHY) merupakan pengasas Luqman Herbs Centre. Beliau adalah cucu kepada Manangkudi Vaidya Alagar yang terkenal di Ramnad, India Selatan. Mempelajari perubatan India sejak kecil daripada arwah ayahnya dan kemudian di Manangkudi, India di bawah bimbingan terus datuknya; Manangkudi Vaidya Alagar sebelum beliau melanjutkan pengajian perubatan India kuno Ayurveda dan Homeopati di Kollimalai, India. Selepas menamatkan pengajiannya, Vaidya (DrN) Luqman Selva (Phd.) menubuhkan amalan Ayurveda sendiri di kampung halamannya di Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1990 dan sangat dikenali oleh penduduk tempatan tetapi juga oleh warga asing. Selepas memeluk Islam pada 2005, Vaidya DrN Luqman Selva (Phd.) kemudian berpindah ke Bandar Baru Bangi, Selangor. Kini, Ms Suha Perawat Naturopati dan Perawat Homeopati Doc (H) Subhadra yang merupakan warisnya mengendalikan Pusat rawatan selepas Allahyarham DrN Luqman meninggal dunia pada Jan 2022.